“Jangan engkau
kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah,
dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
- Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat
memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
- Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami.
Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
- Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada
suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari
suami yang lain.
- Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada
tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan
memaksa suaminya untuk membelinya.
- Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari
mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu
makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
- Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam
Al-Ghazalli
|
No comments:
Post a Comment