Friday, 7 December 2012



Cantikkah Aku??

Aku,
anehkah cantik yang ingin aku miliki,
biarlah tak punya muka sebujur sireh
pipi juga bukan pauh dilayang
dagu bukanlah lebah tergantung
hidung pun tak mancung bagaikan seludang
mata tak mengerdip bagaikan bintang timur
bibir juga tidak seperti delima merkah
kening juga tak sepert semut beratur
rambut pun tak mayang mengurai
jari-jemari tak seperti buluh diraut
kulit juga tak semulus kulit telur dikupas.


Ibu,
Alhamdulillah,anakku akhirnya kau tahu apa yang kau mahu,

sanggup menepuk iman di dada untuk bertanya kemahuan selera,

Tidak rugi jika bukan itu yang kau mahu
Kerana kehidupan ini adalah jalinan murni kecantikan yang hakiki

Yang indah itu amalan agamamu dijalin dalam simpulan akhlak yang sempurna mewangi

Serikan wajahmu dengan siraman wudhuk
sembahyang lima waktu dalam munajat yang tak kunjung henti,

Hiruplah nafas kehidupanmu dalam pencarian hidup
kurniaan Allah tercantum dalam taruhan akal dan budi

Tebarkan senyumanmu segenap penjuru alam kerana itulah sedekah paling utama

Pancarkan sinar indah dari kedua matamu

Betapa agungnya ciptaan Ilahi sambil menjengah besarnya kurnia Ilahi

Kerana melaluinya boleh kau kenal mata hati yang abadi

Sebarkan pula dari kedua bibirmu dengan kalimah zikir sambil menyampai yang indah dan elok untuk dicerna fikiran zuriatmu

Yang pasti rambut hiasan mahkota diri dan susuk tubuhmu bukan untuk dipertonton di khalayak ramai 
kerana melindungi auratmu itu kewajipan yang mesti untuk kaum hawa

Mengertilah wahai sahabatku menghurai cantik yang hakiki tak semudah menghurai simpulan tali


Kerana ia bermula dari untaian cinta dan taqwa kepada penciptamu yang Maha
Mengerti.................







sabda Nabi " dunia adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan adalah wanita yang solehah”

(:





No comments:

Post a Comment