Tuesday, 18 December 2012

Bubur lambuk ataupun asyura adalah makanan popular yang tidak asing lagi apabila tiba bulan Ramadhan. Jom dapatkan resepi bubur lambuk yang istimewa ni!!!



Bahan-bahan:

2 cawan beras [rebuskan dalam slow cooker]
1/2 kg keledek [warna merah/jingga]...potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkong
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesom
4 tangkai daun kemangin
1 helai daun kunyit
1 cawan udang basah saiz kecil [tak der pun tak per]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi]
air secukupnya
garam

Cara membuatnya:

1.Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2.Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3.Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan kedalam bubur nasi tadi.
4.Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5.Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayura & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6.Angkat dan hidangkan. 

http://www.esempoi.com/tips-cinta/8-petanda-dia-adalah-jodoh-kamu/

Saturday, 8 December 2012


Sharing is Caring

<Doa Untuk Kekasih>

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...

Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan  itu abadi...

Ya Allah...

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau  redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api neraka...


Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin



Fashion : Jubah Terkini










~Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH~

8 Petanda Dia Adalah Jodoh (Soulmate) Kamu...

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bererti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Wah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu akan lebih selamat ditangannya daripada ditangan sahabat-sahabat kamu yang lain, atau kamu merasa sudah tidak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!


Apakah kelapan-lapan petanda di atas telah kamu temukan pada seseorang? Renung-renungkan dan selamat mencuba!(: Wallahu'alam~~~





Friday, 7 December 2012






JENIS WANITA


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”


  • Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

  • Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

  • Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

  • Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

  • Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

  • Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli





Lucu ya,
wang RM20.00, kelihatan begitu besar
bila dibawa ke kotak amal masjid,
tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket

Lucu ya,
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,
tapi betapa pendeknya waktu itu
untuk pertandingan bola sepak

Lucu ya,
betapa lamanya 2 jam berada di Masjid,
tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu
saat menonton wayang di panggung

Lucu ya,
susah merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,
tapi betapa mudahnya
merangkai kata dan cerita bila bertemu teman

Lucu ya,
betapa serunya perpanjangan waktu perrtandingan bola kegemaran kita,
tapi betapa bosannya bila imam
solat Tarawih bulan Ramadhan membaca ayat yg panjang

Lucu ya,
susah sangat bila nak baca Al-Quran 1 juz saja,
tapi novel best-seller 100 halaman sehari je mampu utk dihabiskan

Lucu ya,
ramainya berebut tempat paling depan untuk menonton bola atau wayang
tapi berebut cari shaf paling
belakang bila Solat Jumaat agar boleh cepat keluar

Lucu ya,
susahnya bila orang mengajak untuk dakwah,
tapi mudahnya bila di ajak
untuk menyebarkan gossip

Lucu ya,
kita begitu percaya pada yang dikatakan oleh manusia
tapi kita sering mempertanyakan
apa yang dikatakan Al Qur'an


-->alia
-->aten
-->ika
-->deqnor
(:(:(:(:


Cantikkah Aku??

Aku,
anehkah cantik yang ingin aku miliki,
biarlah tak punya muka sebujur sireh
pipi juga bukan pauh dilayang
dagu bukanlah lebah tergantung
hidung pun tak mancung bagaikan seludang
mata tak mengerdip bagaikan bintang timur
bibir juga tidak seperti delima merkah
kening juga tak sepert semut beratur
rambut pun tak mayang mengurai
jari-jemari tak seperti buluh diraut
kulit juga tak semulus kulit telur dikupas.


Ibu,
Alhamdulillah,anakku akhirnya kau tahu apa yang kau mahu,

sanggup menepuk iman di dada untuk bertanya kemahuan selera,

Tidak rugi jika bukan itu yang kau mahu
Kerana kehidupan ini adalah jalinan murni kecantikan yang hakiki

Yang indah itu amalan agamamu dijalin dalam simpulan akhlak yang sempurna mewangi

Serikan wajahmu dengan siraman wudhuk
sembahyang lima waktu dalam munajat yang tak kunjung henti,

Hiruplah nafas kehidupanmu dalam pencarian hidup
kurniaan Allah tercantum dalam taruhan akal dan budi

Tebarkan senyumanmu segenap penjuru alam kerana itulah sedekah paling utama

Pancarkan sinar indah dari kedua matamu

Betapa agungnya ciptaan Ilahi sambil menjengah besarnya kurnia Ilahi

Kerana melaluinya boleh kau kenal mata hati yang abadi

Sebarkan pula dari kedua bibirmu dengan kalimah zikir sambil menyampai yang indah dan elok untuk dicerna fikiran zuriatmu

Yang pasti rambut hiasan mahkota diri dan susuk tubuhmu bukan untuk dipertonton di khalayak ramai 
kerana melindungi auratmu itu kewajipan yang mesti untuk kaum hawa

Mengertilah wahai sahabatku menghurai cantik yang hakiki tak semudah menghurai simpulan tali


Kerana ia bermula dari untaian cinta dan taqwa kepada penciptamu yang Maha
Mengerti.................







sabda Nabi " dunia adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan adalah wanita yang solehah”

(:






Cantiknya Seorang Wanita Itu Sebagai MUSLIMAH

-->Bukan Kerana Keindahan Paras Rupa
    Sehingga Menjadi Igauan Mata...

-->Tetapi Berpegang Akidah Solehah
    Disebalik Tirai Jiwa...

-->Menganyam Rindu Kekasih Sejati Di atas Sejadah
    Mengharap Keredhaan Kehidupan Awana...